Monday, May 19, 2014

Strawberry Leisure Farm | Genting Highlands | FON9

ASSALAMUALAIKUM

HAIII semua !! suka makan strawberry tak? Selalunya mesti pergi Cameron Highland kan kalau nak cari strawberry nih. Ok , tak mengapa. Apa kata lepas nih anda semua planning pergi Genting Hihgland cari dan makan strawberry !! "Eh, ada ke strawberry jual dekat Genting Hihgland?" haa , anda semua jangan ingat Cameron Highland je ada tau , Genting Highland pun ada ladangnya. Besar dan manis ! Anda semua pun boleh memetiknya sendiri dan terus makan . Ida sendiri pun dapat merasainya sendiri . FON9 sempat membawa Ida dan yang lain melawat Ladang Strawberry ini. Terkejut hahh bila tengoknya. Tapi yang paling menarik dekat sini ialah ada satu taman bunga yang ala ala kita berada di oversea gituhh . Bunga lavender yang ada dekat sini sangatlah segar mungkin dengan cuaca yang sejuk nyaman.







Tengoklah , Ida sendiri petik tau buah strawberry tuh..

Buah strawberry disini sangatlah banyak dan merah warnanya itu membuat kan Ida terasa nak makan banyak banyak!!!



bersama geng FON9 !!!





Di ladang strawberry ini jugak menyediakan cafe untuk kita singgah berehat untuk menikmati makanan mereka yang berasaskan BUAH STRAWBERRY ini .. JOM la cuba !!







Jadi , anda semua jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ladang strawberry ini di genting highland tauu .. Ajak kawan-kawan , keluarga dan sedara mara untuk berkunjung disini. Terima kasih kepada FON9 kerana membawa Ida ke sini. *jomm , Ida nak makan buah strawberry duluuu . ! *

-Tahun Melawat Malaysia 2014-

Transformers Expo 2014 bersama FON9 | Genting Highlands


Assalamualaikum :)

Lawatan bersama Friends Of Negeri Sembilan (FON9) kali ini menuju ke Genting Highlands . Kali nih pergi untuk melihat makhluk besi yang berketinggian 13 kaki berada di depan mata Ida. Untuk kali kedua melihatnya rasa terkejut sangat , yelah selalunya kita tengok dalam filem dia aje kan.. Jom lihat Ida dan FON9 merungkai misi dalam transformers expo ini ..








ini paling best sebab sempat bergambar dengan bumblebee !! yeahhh ! xD





Daripada struktur berwarna putih sahaja boleh bertukar menjadi pelbagai warna !! Satu tayangan yang sangat menarik dalam transformers expo ini. Tayangan ini menunjukkan "optimus prime" boleh muncul dan pertukaran warna-warna menampakkan lagi pergerakan transformers itu.









Ida bersama Pengarah Tourism En Zaidi .. Beliau sangatlah baik dan juga peramah.



















Akhir kata , lawatan bersama FON9 ini sangatlah best dan santai saje . Ada peluang lagi lepas ini boleh la menjemput kami untuk lawatan seterusnya. TERIMA KASIH FON9.. Kami menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014 ..

BLOGRRR !!!!!

ASSALAMUALAIKUM

BLOGRRR? Apakah? Mesti selalu dengar Bloggers je kan? Hehe .. Ida berkesempatan juga untuk join event terbesar Blogger yang dinamakan Blogrrr dimana semua blogger seluruh dunia berkumpul . Di situ kita dapat jumpa ramai rakan blogger yang terkenal contohnya Nisa Kay , Denaihati , Bloogersdotcom dan ramai lagi . Event kali ni tersangat lah meriah kerana pengacaranya daripada artis-artis yang meletop contohnya Marsha Milan Londoh , Siti Sakinah dan Iqram Dinzly . Mereka nih sangat lah sporting dengan geng2 blogger .. Event Blogrrr dilancarkan di Mines city. 


Blogrrr juga memberi peluang kepada blogger yang mempunyai business untuk buka booth . Pelbagai jenis produk diperkenalkan dan dijual dengan harga yang murah . Antara booth yang dibuka, booth makanan seperti dessert dan cake , booth gadget telefon , booth tudung dan dress perempuan . Diselit kan juga dengan tiga bilik seminar dimana semua blogger boleh memilih untuk menyertainya. Seminar ini untuk sesiapa sahaja yang ingin lebih tahu tentang blog yang berbayar atau cara business online.
Blogrrr juga menawarkan cabutan bertuah yang sangat lumayan . Antaranya ialah Ipad mini . Orang yang dapat ipad mini , sangat-sangat lah bertuah pada hari tersebut. Disini juga sangat lah menarik kerana dapat bertukar business card dengan blogger yang lain dan dapat berkenalan dengan ramai orang . Pengalaman yang sangat menarik pernah Ida pernah alami .

 
BlooggersDotCom ? Ha, apa pulak dengan BlooggersDotCom..
BlooggersDotCom adalah satu komuniti yang baru ditubuhkan untuk mengumpulkan blogger-blogger di malaysia ni. Kerana kebanyakkan nya memiliki blog tapi tidak pernah tahu bagaimana nak gunakannya. Selalunya , kita akan update pasal diri sendiri kononnya tuh bkog tuh diari kita.
Tapi bak kata Nisa Kay , kita tak boleh berkongsi lebih2 pasal diri kita sendiri , kerana kita tak tahu kemudian kelak apa akan jadi. Musuh datang kita tak tahu bila dan siapa. Kalau kita cerita pasal diri kita terlalu banyak , musuh kita secra tidak sengaja boleh tahu details peribadi kita. Ancaman bahaya tuh sangat lah kuat!
So,Ida salah sorang daripada komuniti ini. Bila join baru tahu apa sebenarnya blogger nih. Bestnya komuniti ini ialah , kita dijemput untuk menyertai events yang mereka anjurkan. Contohnya , Food Review , Hotel Review , Film Review , Gadget Review dan Travel .


Tapi kerana bertuahnya , mereka ada mengadakan satu contest untuk memenangi Tiket ke AIM20 . Haaa, Ida ni memang fanatik sikit anugerah-anugerah kat malaysia nih . So dengan jayanya , Ida berjaya dapat 2 tiket ke AIM20 . Bangga dan gembira sangat !! Dalam sejarah hidup selama 21 tahun nih , itu lah pertama kalinya jejak kaki masuk anugerah-anugerah .. Selalunya mampu tengok dekat tv je. Tapi sekarang dapat tengok depan mata lagi .. 


So, kawan2 kat luar tuh jom la join BlooggersDotCom . Just pergi dekat fanpage FB : BlooggersDotCom dan sertai komuniti kami .. Tak susah , Senang je ..