Friday, January 31, 2014

Transformers Expo Malaysia 2014

Assalamualaikum :)
 
     28 Januari 2014 , Ida diberi peluang untuk bersama-sama bloggers lain ke events terbesar Hasbro's Transformers Expo Malaysia yang ke 30 di Genting Highlands . Untuk pertama kalinya , Malaysia merasmikan Hasbro's Transformers 30th Anniversary. Expo ini akan berlangsung dari 31 Januari hingga 16 Februari 2014 . Tujuan expo transformers ini adalah salah satu tarikan perlancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Transformers expo Malaysia 2014 ini , telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia . Jumlah perbelanjaan untuk membuat expo ini hampir mencecah 5 juta dan 2 juta daripada itu fokus untuk membuat dua transformers iaitu Optimus Prime yang berketinggian 23 kaki manakala Bumble Bee 18 kaki. Malah dalam expo transformers , anda boleh melihat sendiri 1520 koleksi ‘limited edition’ transformers .





 
Expo Transformers ini mengandungi 6 ruang pameran dan pameran yang  terakhir adalah pameran mega Optimus Prime dan Bumble Bee. Kepada peminat kereta Transformers anda juga boleh lihat sendiri “Yellow Camaro Car” dan berpeluang mengambil gambar bersama dengan kereta tersebut untuk dijadikan kenangan dalam hidup anda. Dan banyak lagi pameran yang anda akan pergi antaranya War Zone, Transformers Cybertron World dan 3D Tunnel. Anda boleh mengambil gambar sebanyak yang boleh bersama dengan Transformers kesayangan anda, di sana juga akan ada games dan quiz untuk anda menang hadiah Transformers .
 




 

















Jadi jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Genting Highlands yang dibuat di Arena of Stars. Ticket untuk masuk ke Expo Transformers boleh terus beli online di www.rwgenting.com dan MyDeal.com.my . Harga ticket untuk kanak-kanak RM45 dan untuk dewasa RM55 . Ada juga harga pakej famili iaitu RM180 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.





Nak tahu lebih lanjut mengenai expo ini anda boleh pergi ke www.transformers.com.my atau boleh hubungi talian di 603-62592697 .

Railway Tourism - Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Assalamualaikum :) 

  Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa. 

Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 : 






.

Sambal kelapa yang ramai orang suka.


Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :)




Railway Tourism - HOMESTAY GOPENG

Assalamualaikum :)
Perjalanan kami ke Homestay Gopeng dari Stesen Keretapi Ipoh mengambil masa selama satu jam lebih . Tibanya kami di Homestay Gopeng itu , kami disambut dengan bunga manggar dan juga alunan marhaban oleh penduduk kampung Homestay Gopeng. Sangat berasa bersukur ketika itu . Sambutan tetamu daripada mereka sangat berlainan , selalu nya pergi Homestay mesti disambut dengan kompang .. :) Seterusnya kami diberi taklimat oleh En.Amri untuk dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Sambil itu kami juga diberi makanan 'Supper' untuk mengisi perut yang lapar. :) Yang paling seronok dekat homestay Gopeng nih , Ida kenal dengan orang kuat homestay tersebut . Pak Basri dan Mama Salyana ialah mama dan ayah kawan Ida. Kami memang kenal sangat lah. Jadi, kat sana selalu diberi perhatian oleh mereka. hehe . :) Selesai taklimat malam itu , Ida dan Lia diambil oleh Ibu angkat Allina . BEST sangat !!! Yang lain pun turut dibahagikan dengan keluarga angkat masing-masing.

Orang kuat Homestay Gopeng , Pak Basri & Mama Salyana ! :)
Ibu Allina mempunyai tiga orang anak . Dua putera dan sorang puteri .. Tapi kami dapat jumpa dengan anak bongsu (SAYANG) ibu je sebab dua orang lagi anak ibu bekerja sebagai tentera , jadi memang tak ada kat rumah la. :) *Tak dapat nak kenal2 . hihi . :D* Yang best nya dekat rumah ibu ini tak payah nak takut bangun mandi pagi-pagi sebab ada 'shower heater' lagi tauuu .. Kalau nak tahu ibu angkat kami nih nurse tauu . hehe . senang kalau apa-apa jadi , ibu bole rawat . hihi..

Haa, inilah ibu angkat kami !!!

Ibu Allina in da house ! :)
 


Apa menariknya lagi tentang Homestay Gopeng ? Hmmm , banyak sangat .. Untuk aktiviti pertama kami di sana .. Kami dibawa untuk melawat HOGA Gaharu Tea. Tahu tak apa HOGA Gaharu Tea? Ianya adalah dari resepi istana yang berusia berkurun abad, yang tersirat di dalam kitab suci kuno, dan merangkumi ciri-ciri dan manfaat lebih daripada 12 spesis Gaharu yang berlainan . Teh ini sememangnya tanpa bahan pengawet, dan 100% tulen hasil dituai Gaharu Tea Valley , Gopeng. Nak tahu tak apa kebaikan, kelebihan minum HOGA Teh Gaharu ni? Jom baca di bawah ni :
  • Mengawal paras glukosa darah
  • Mengurangkan penghasilan asid urik
  • Melegakan kebimbangan dan membantu tidur
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan kesukaran nafas  
Gopeng Perak HOGA !!

Antara pokok gaharu yang paling tua.

Penerangan daripada Mr. Hoga Gopeng ..



Ladang Pokok Gaharu di Hoga Gaharu Tea


Dapat merasai tea gaharu .. sedappp n wangi bau dia .. :)



Dapat gift daripada Hoga Gaharu Tea .. :)

Gaharu Tea Valley ( GOPENG )


Seterusnya , aktiviti kami ialah MANDI SUNGAI !!! Di gopeng nih sebenarnya terkenal dengan aktiviti lasak water rafting . Ramai keluarga dan juga sekumpulan kawan-kawan yang datang ke Gopeng ini untuk merasai aktiviti seperti ini . Untuk pengetahuan semua , tidak perlu risau lagi memikirkan tempat penginapan kerana di sini anda boleh menginap 3 hari 2 malam di “Inap Desa(homestay)” , di situ anda boleh alami pengalaman tinggal bersama keluarga angkat dan selami cara hidup dan tradisi masyarakat Melayu Rao. Bumi Melayu Rawa yang dipanggil Rao atau Malay Rawa (Rao) Heartland . Ada aktiviti yang mesti sebelum ni anda tak pernah lakukan seperti Tradisi Rao, bermaksud “Adat Berjojak” dan masakan “Kelamai” diantara keunikan Melayu Rao yang masih diamalkan dan dipersembahkan kepada pelancong. Kemudian aktiviti tarikan Ekopelancongan, kenapa? Kerana di Homestay Gopeng terletak berhampiran dengan penempatan orang asli Ulu Geroh yang terkenal untuk aktiviti melihat bunga Rafflesia dan spesis rama-rama Rajah Brooke. Dan aktiviti yang pelancong inginkan sangat sudah pasti Meneroka Gua dan White Water Rafting(WWR). Meneroka Gua yang terletak hampir dengan bukit batu kapur yang terkenal iaitu Gua Tempurung dan Gua Kandu yang telah dibangunkan untuk aktiviti meneroka Gua. Manakala untuk WWR adalah anda akan dapat lihat sendiri jeram yang bertahap I-III di Sungai Kampar (Gred untuk aktiviti Rafting) sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar. Cabar diri anda untuk merentasi 14 jeram yang terdiri daripada pelbagai gred. Apa lagi ? Jom semua !! 










Ini antara tarikan di Homestay Gopeng , barang antik yang masih disimpan .. 



 
Pada malamnya , penduduk kampung membuat BBQ untuk kami dan malam tu aktiviti santai-santai saja, ada persembahan tarian, persembahan silat dan tidak dilepaskan acara karoke . Malam tu berebut-rebut orang nak karoke . Bagi Ida , malam tu adalah malam yang dapat merapatkan silaturrahim antara kami semua dengan penduduk kampung ,  terima kasih kepada penduduk Gopeng yang bertungkus lumus menyiapkan persediaan untuk kami pada malam itu . Jasa penduduk kampung tidak akan kami lupakan .











Kusyukkk betul hah dua dua orang nih berkaroake !! hihi 


Homestay Gopeng adalah tempat yang sangat menarik untuk aktiviti-aktiviti bagi anak muda yang suka kan permainan air lasak iaitu water rafting. Pengalaman yang sangat best berada di homestay gopeng ini bersama keluarga angkat mahupun penduduk kampung sg.Itek yang sangat baik hati. Alhamdulillah diberi peluang untuk menjejak kaki di situ. :) Terima kasih kepada Tourism Malaysia, Tourism Perak , Railway Tourism , Sahabat Media , Penduduk Kampung di Homestay Gopeng , BloogersDotCom & Blogger yang lain atas kesempatan untuk bersama-sama. Salam Satu Tourism & Salam Tahun Melawat Malaysia 2014 ..
Sedikit maklumat mengenai Homestay Gopeng :
Pakej Homestay (termasuk penginapan bersama keluarga angkat, makanan dan persembahan)
Pakej 2hari 1malam RM160/seorang
Pakej 3hari 2malam RM310/seorang
Pakej 4hari 3malam RM460/seorang
Aktiviti pilihan :
  • Meneroka Gua RM30/seorang
  • White Water Rafting RM150/seorang
  • Jungle Trekking RM100/seorang
Boleh contact En Amir 016-5066997
Email : kopelgo2013@yahoo.com