Monday, May 19, 2014

Strawberry Leisure Farm | Genting Highlands | FON9

ASSALAMUALAIKUM

HAIII semua !! suka makan strawberry tak? Selalunya mesti pergi Cameron Highland kan kalau nak cari strawberry nih. Ok , tak mengapa. Apa kata lepas nih anda semua planning pergi Genting Hihgland cari dan makan strawberry !! "Eh, ada ke strawberry jual dekat Genting Hihgland?" haa , anda semua jangan ingat Cameron Highland je ada tau , Genting Highland pun ada ladangnya. Besar dan manis ! Anda semua pun boleh memetiknya sendiri dan terus makan . Ida sendiri pun dapat merasainya sendiri . FON9 sempat membawa Ida dan yang lain melawat Ladang Strawberry ini. Terkejut hahh bila tengoknya. Tapi yang paling menarik dekat sini ialah ada satu taman bunga yang ala ala kita berada di oversea gituhh . Bunga lavender yang ada dekat sini sangatlah segar mungkin dengan cuaca yang sejuk nyaman.







Tengoklah , Ida sendiri petik tau buah strawberry tuh..

Buah strawberry disini sangatlah banyak dan merah warnanya itu membuat kan Ida terasa nak makan banyak banyak!!!



bersama geng FON9 !!!





Di ladang strawberry ini jugak menyediakan cafe untuk kita singgah berehat untuk menikmati makanan mereka yang berasaskan BUAH STRAWBERRY ini .. JOM la cuba !!







Jadi , anda semua jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ladang strawberry ini di genting highland tauu .. Ajak kawan-kawan , keluarga dan sedara mara untuk berkunjung disini. Terima kasih kepada FON9 kerana membawa Ida ke sini. *jomm , Ida nak makan buah strawberry duluuu . ! *

-Tahun Melawat Malaysia 2014-

No comments:

Post a Comment