FOA, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi
nafas kepada Ida untuk menikmati keindahan Alam ciptaanNya . J Kali ini Ida nak
cerita pengalaman Ida mendaki Broga Hill. Korang semua mesti selalu dengar
orang sebut pasal Broga Hill nih kan? Hehe . Ida pun selalu jugak dengar dan tengok orang photoshoot kat atas sana . Dalam fikiran Ida nih sebenarnya fikir
nak sampai Broga Hill ni naik kereta je then sampai kat puncak . Tapi sebalik
tuh pulak rupa-rupanya. Sampai di Broga Hill, kawan Ida cakap “kita kena
mendaki dari bawah sampai ke puncak tau.” Dalam hati fikir , “Biar betul ,
mamat ni suruh naik sampai puncak atas sana.. mampu ke aku nak naik nih?” Al
maklum lah dah lama tak exercise ni kan . ~_~
Sebelum nak mulakan cerita , nak bagitahu yang Broga Hill nih terletak
dekat area Semenyih . Jom travel Broga Hill dengan Ida .
13 Disember 2013
6.30pg – Ida dengan kawan(Liaomey) siap-siap berpakaian
sukan . Prepared barang nak bawa . Air mineral tuh WAJIB ! hehe .. mesti
perlukan air kat sana nanti .. Topi n towel
HARUS sebab nak lindung matahari . hihik . :D Dah selesai makan terus keluar ambil kawan Ida lagi sorang (Nurul
Nadiah) .
8.30pg – Ida bertolak ke Broga Hill !!! (padahal dah
lambat dah kalau pergi time macam nih . tapi nak jugak sampai sana , so
teruskan planning kami). Lebih kurang sejam lebih sampai dekat area Bangi .
Then ambil lagi sorang kawan (Qayyum-guide tour kami) :’D
9.45pg – Terus gerak ke Broga Hill (jalan nak ke sana pusing-pusing
jugak laa. Hihi) Sebenarnya Broga Hill ni dekat dengan Lottingham of University
. Siapa yang tahu tuh bole la ajak kawan-kawan pergi sana. Pergi lagi ramai ,
lagi bagus n secure la. J
Haaa, Time nih Ida bersemangat gilos
la nak naik Broga Hill .. Nampak dari jalan bawah Broga Hill sangat-sangat lah
tinggi !! *terngangaa sat tengok*
10.15pg – Sampai sudah Broga Hill (tapi baru parking kereta
bawah lah. :D) Selesaikan semua barang nak bawa naik , kami terus mendaki Broga
Hill . Punya la excited nak naik sampaikan tak Warm Up dulu . ~_~” Memang atas
tuh tercungap2 kami semua . (Lia, Ida , Nad) Qayyum still maintain ! sebab dia
kena guide kitorang . J
Yang kelakarnya , baru daki tak sampai 5 minit dah tanya “Dah nak sampai ke ,
Qayyum?” Qayyum jawab , “suku pun belum lagi korang..” hehe.. Paling best ,
each other bagi support n tolong menolong.
Sampai Lah kami kat atas sana . Actually , Broga Hill nih dah ada track untuk naik ke atas. Tapi kena berhati2 jugak . Kalau tersilap pijak , Bahaya tauuu .
Takut tergelincir jatuh . Ida banyak kali jugak la nak tergelincir. Hmmmph,
Dalam perjalanan naik ni , macam2 perasaan ada . Rasa nak turun balik la, rasa
xnak dtg dh la, Rasa nak muntah , Rasa nak pengsan . haha! Macam-macam ada ~
~ Tapi Ida fikir ini adalah satu
cabaran untuk kita sampai ke puncak . So teruskan n teruskan lagi !! Jyeahhx .
;)
10.40pg – Lebih kurang setengah jam juga la nak sampai kat
atas . Sampai2 je kat atas rasa macam berjaya sampai satu tahap yang tinggi yang
tak pernah kita fikir bole sampai ke tahap macam tu . Terus terduduk ! then
fikir *Bangga kejap dengan diri ini* Time nih matahari dah terbit , so kat atas
mmg panas sangat .. sebab “free field” . Ambil masa relax sekejap , lepas tu terus mula photoshoot ! heheee .
*Ida nih suka bergambar ye* J
Ambil gambar sepuas2nya sebab bukan senang nak sampai dekat atas Broga Hill nih
. :D hmm , Indah nya ciptaan dia . Apa yang kita pijak , apa yang kita ambil
semua nya kepunyaan dia .. Sungguh Indah Bumi Allah Ini . J
11.30pg – Ida dengan yang lain mula perjalanan turun ke bawah
. Time nak turun lagi takut sebab curam kan . memang bahaya la ! Sampai satu
kawasan nih , tetiba terdengar bunyi macam ‘Harimau mengaummm!!!’ Saat kelakar
, kawan Ida (Lia) punya la takut terus berlari2 turun bawah tanpa fikir apa2
dah . Ida kat belakang pun dia tinggalkan . Mula2 nak turun, dia la orang
yang lambat .. Lepas dengar macam tuh terus dia larii . *cuba bayangkan macam
mana* HAHA!! Tapi masih terfikir , masih ada lagi kah haiwan seperti itu pada
zaman sekarang nih? :/ hmmm, Memang takut
jugak la time tuh . Mahunya , dia keluar depan kitorang .. Tak berselerak lari
turun bawah . Heheee . :D Tak sampai setengah jam pun turun bawah , dalam 20min
mcm tu ja . sebab fikir nak selamatkan diri .. :’P Dah sampai bawah , dah
nampak kelibat kereta , memang bersyukur sangat2. Lepas tuh Ida terus bergerak balik ke rumah
~
Peace no war !! :D |
Jyeahhhx!! Im finally here .. :) |
To Broga Hill we go !! :> |
on her new car ! hehehe .. |
the only 3 girls on that day .. :'P |
TADAAAA !! from Broga Hill ! :') |
we are the winner .. hehehe . |
Atotototo ... heheheeh .. tersweet pulak ngn kawan baik Ida nih ~ <3 |
HAAAA, best kan Broga Hill? Kepada yang suka hiking macam Ida ni, bole la pergi sana . Nak tengok keindahan alam semulajadi ke, nak menghirup udara segar ke , BROGA HILL
is the best lah !!! Tapi lagi syiokkk bila korang pergi waktu pagi / petang .
Bole tengok matahari terbit / matahari terbenam . Jom lepas ni ajak ramai2 pergi Broga Hill .. Ida pun fikir nak pergi untuk kali kedua . Lepas nih nak planning betul2 .
Nak pergi awal pagi pulak . J