Bersyukur ke hadrat Ilahi , dapat lagi untuk menaip n update blog ini .. Baru2 nih Alhamdulillah saya diberi peluang untuk bersama 10 blogger yang lain untuk review food di One Utama , Kuala Lumpur . Kali ini tempatnya di Food Republic .. Pernah pergi tak ini? hehe . Jom terokai bersama kami makanan apa yang menarik di Food Republic .
Sampai sahaja kami disana , kami disambut oleh orang atasan Food Republic . Selepas selesai pendaftaran , kami diberi tempat khas untuk bersiap sedia untuk merasai juadah makanan yang akan disediakan. :) Sebelum menjamah semua makanan , kami diberi penerangan terperinci tentang sejarah pembukaan Food Republic ini . Di One Utama ini adalah cawangan terbaru mereka di mana tempatnya sangat strategik untuk mereka yang mencari makanan yang pelbagai jenis . Nak makanan melayu? Nak makanan korea? Nak makanan cina? Nak makanan apa lagi.? semua nya tersedia dia Food Republic ini. Tidak usah untuk trafik jam di jalan raya untuk mencari kedai makan . Sudah pasti hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga atau berkerja membawa anak-anak atau pasangan masing-masing untuk merasai makanan disini . Di Food Republic tersedia pelbagai jenis makanan. Hanya datang sana , dan pilih makanan sahaja . *lepas tu bayar la yee.*
Jom kita tengok antara makanan yang dijual di Food Republic bawah ini !
|
Ni antara orang atasan di Food Republic . |
|
Ayam penyet + Tauhu + Tempe + Nasi Putih + Mini sup = RM 10.80 |
|
Mee Jawa |
|
Bibim Bap = RM12 |
|
JapChae makanan dari Korea |
|
Black Pepper Chicken Rice = RM 7.90 , tambah telur add RM 1.00 |
Dah tengok gambar makanan? Menarik kan? Terliur tengok makanan yang dihidangkan .. Lepas ini cuba la semua makanan dekat sini. Berbaloi dengan harga yang diberikan. Terima kasih kepada Food Republic. Semoga dengan usaha ini dapat menarik ramai pengunjung dan akan berasa berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan.
No comments:
Post a Comment