Monday, December 23, 2013

JOM pergi Broga Hill !!

ASSALAMUALAIKUM 

      FOA, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi nafas kepada Ida untuk menikmati keindahan Alam ciptaanNya . J Kali ini Ida nak cerita pengalaman Ida mendaki Broga Hill. Korang semua mesti selalu dengar orang sebut pasal Broga Hill nih kan? Hehe . Ida pun selalu jugak dengar dan tengok orang photoshoot kat atas sana . Dalam fikiran Ida nih sebenarnya fikir nak sampai Broga Hill ni naik kereta je then sampai kat puncak . Tapi sebalik tuh pulak rupa-rupanya. Sampai di Broga Hill, kawan Ida cakap “kita kena mendaki dari bawah sampai ke puncak tau.” Dalam hati fikir , “Biar betul , mamat ni suruh naik sampai puncak atas sana.. mampu ke aku nak naik nih?” Al maklum lah dah lama tak exercise ni kan . ~_~  Sebelum nak mulakan cerita , nak bagitahu yang Broga Hill nih terletak dekat area Semenyih .  Jom travel Broga Hill dengan Ida .

13 Disember 2013

6.30pg – Ida dengan kawan(Liaomey) siap-siap berpakaian sukan . Prepared barang nak bawa . Air mineral tuh WAJIB ! hehe .. mesti perlukan air kat sana nanti .. Topi n towel  HARUS sebab nak lindung matahari . hihik . :D  Dah selesai makan terus keluar ambil kawan Ida lagi sorang (Nurul Nadiah) .

8.30pg – Ida bertolak ke Broga Hill !!! (padahal dah lambat dah kalau pergi time macam nih . tapi nak jugak sampai sana , so teruskan planning kami). Lebih kurang sejam lebih sampai dekat area Bangi . Then ambil lagi sorang kawan (Qayyum-guide tour kami) :’D

9.45pg – Terus gerak ke Broga Hill (jalan nak ke sana pusing-pusing jugak laa. Hihi) Sebenarnya Broga Hill ni dekat dengan Lottingham of University . Siapa yang tahu tuh bole la ajak kawan-kawan pergi sana. Pergi lagi ramai , lagi bagus n secure la. J Haaa,  Time nih Ida bersemangat gilos la nak naik Broga Hill .. Nampak dari jalan bawah Broga Hill sangat-sangat lah tinggi !!  *terngangaa sat tengok*

10.15pg – Sampai sudah Broga Hill (tapi baru parking kereta bawah lah. :D) Selesaikan semua barang nak bawa naik , kami terus mendaki Broga Hill . Punya la excited nak naik sampaikan tak Warm Up dulu . ~_~” Memang atas tuh tercungap2 kami semua . (Lia, Ida , Nad) Qayyum still maintain ! sebab dia kena guide kitorang . J Yang kelakarnya , baru daki tak sampai 5 minit dah tanya “Dah nak sampai ke , Qayyum?” Qayyum jawab , “suku pun belum lagi korang..” hehe.. Paling best , each other bagi support n tolong menolong.  Sampai Lah kami kat atas sana . Actually , Broga Hill nih dah ada track untuk naik ke atas. Tapi kena berhati2 jugak . Kalau tersilap pijak , Bahaya tauuu . Takut tergelincir jatuh . Ida banyak kali jugak la nak tergelincir. Hmmmph, Dalam perjalanan naik ni , macam2 perasaan ada . Rasa nak turun balik la, rasa xnak dtg dh la, Rasa nak muntah , Rasa nak pengsan . haha! Macam-macam ada ~ ~  Tapi Ida fikir ini adalah satu cabaran untuk kita sampai ke puncak . So teruskan n teruskan lagi !! Jyeahhx . ;)

10.40pg – Lebih kurang setengah jam juga la nak sampai kat atas . Sampai2 je kat atas rasa macam berjaya sampai satu tahap yang tinggi yang tak pernah kita fikir bole sampai ke tahap macam tu . Terus terduduk ! then fikir *Bangga kejap dengan diri ini* Time nih matahari dah terbit , so kat atas mmg panas sangat .. sebab “free field” . Ambil masa relax sekejap  , lepas tu terus mula photoshoot ! heheee . *Ida nih suka bergambar ye* J Ambil gambar sepuas2nya sebab bukan senang nak sampai dekat atas Broga Hill nih . :D hmm , Indah nya ciptaan dia . Apa yang kita pijak , apa yang kita ambil semua nya kepunyaan dia .. Sungguh Indah Bumi Allah Ini . J

11.30pg – Ida dengan yang lain mula perjalanan turun ke bawah . Time nak turun lagi takut sebab curam kan . memang bahaya la ! Sampai satu kawasan nih , tetiba terdengar bunyi macam ‘Harimau mengaummm!!!’ Saat kelakar , kawan Ida (Lia) punya la takut terus berlari2 turun bawah tanpa fikir apa2 dah . Ida kat belakang pun dia tinggalkan . Mula2 nak turun, dia la orang yang lambat .. Lepas dengar macam tuh terus dia larii . *cuba bayangkan macam mana* HAHA!! Tapi masih terfikir , masih ada lagi kah haiwan seperti itu pada zaman sekarang nih? :/ hmmm,  Memang takut jugak la time tuh . Mahunya , dia keluar depan kitorang .. Tak berselerak lari turun bawah . Heheee . :D Tak sampai setengah jam pun turun bawah , dalam 20min mcm tu ja . sebab fikir nak selamatkan diri .. :’P Dah sampai bawah , dah nampak kelibat kereta , memang bersyukur sangat2.  Lepas tuh Ida terus bergerak balik ke rumah ~



Peace no war !! :D


Jyeahhhx!! Im finally here .. :)


To Broga Hill we go !! :>


on her new car ! hehehe .. 


the only 3 girls on that day .. :'P


TADAAAA !! from Broga Hill ! :')


we are the winner .. hehehe .


Atotototo ... heheheeh ..
tersweet pulak ngn kawan baik
Ida nih ~
<3


HAAAA, best kan Broga Hill? Kepada yang suka hiking macam Ida ni, bole la pergi sana . Nak tengok keindahan alam semulajadi  ke, nak menghirup udara segar ke , BROGA HILL is the best lah !!! Tapi lagi syiokkk bila korang pergi waktu pagi / petang . Bole tengok matahari terbit / matahari terbenam .  Jom lepas ni ajak ramai2 pergi Broga Hill .. Ida pun fikir nak pergi untuk kali kedua . Lepas nih nak planning betul2 . Nak pergi awal pagi pulak . J


No comments:

Post a Comment