Saturday, January 25, 2014

Sahabat Media ke Negeri Pahang (Hari 3)

Merapoh , Pahang
Telah tiba hari terakhir kami di Pahang, untuk hari ketiga kami ada 2 tempat yang kami pergi iaitu pertama di Gua, ada dua Gua iaitu Gua Tahi Bintang dan Gua Seribu Cerita. Tempat satu lagi pula kami ke Taman Negara Sungai Relau, Merapoh Pahang.

Kami bergerak menuju ke Merapoh mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai, tahukah anda yang Merapoh terletak di daerah Lipis, Pahang. ia adalah kurang daripada 10 km ke arah pintu masuk Relau Sungai untuk ke Taman Negara. Ramai tidak tahu bahawa Merapoh yang mempunyai 85 bukit batu kapur dianggap sebagai syurga.
Taklimat daripada Abg caves ! hehe .

Ida dengan photographer Virtual Malaysia


Muka seronok nak terokai gua gua !!



Rombongan naik 4x4 ke Gua Tahi Bintang


Merapoh mempunyai beberapa gua bertaraf dunia yang hebat. Antaranya Gua  arkeologi, yang lain lebih kepada keindahan gua dengan stalagmit dan stalaktit, serta sungai bawah tanah. Semua itu  adalah rumah kepada pelbagai fauna gua seperti kelawar, burung layang-layang, dan ular. Termasuk juga  serangga, labah-labah, kumbang, dan lipas. Ini adalah sedikit informasi mengenai Gua di Merapoh.
Sebaik saja kami tiba di Merapoh, kami diberikan taklimat dan dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama yang akan masuk ke “Tubing”, kumpulan ke-dua yang bawa keluarga dan kumpulan ke-tiga yang nak santai-santai saja. Setelah dibahagikan kumpulan, kami naik pacuan empat roda untuk masuk ke kawasan gua yang penuh dengan hutan, dan lecak. Gua pertama yang kami pergi adalah gua Tahi Bintang. Setiap gua ada cerita dan sejarahnya kenapa nama diberi seperti berikut. Seperti gua tahi bintang, kenapa nama gua tahi bintang? Kerana di dalam gua tersebut kita boleh lihat terdapat banyak cahaya berkilauan yang jatuh dan yang memancar di dalam gua itu, mengikut pada sejarah mengenai gua ini, beratus juta tahun dahulu kita tahu tempat itu adalah paras laut, jadi dulunya gua itu adalah di dalam laut kerana terdapat beberapa bukti yang kita boleh jumpa dan lihat sendiri, antaranya cengkerang, dan haiwan di dalam laut. Di dalam gua itu juga kami dapat lihat masih lagi ada air yang mengalir , tapi tidak pasti mengalir ke arah mana. Kami diberi masa dalam 10 minit untuk kami explore sendiri di dalam Gua itu.
Tadaaaa ! Inilah Gua Tahi Bintang ..Gua pertama nak terokai.
Taklimat sebelum masuk ke dalam Gua .

Ida dah dalam Gua !!


Antara peninggalan fossil dalam gua .



Cantik kan? Jom kita terokai Gua Tahi Bintang nih lagi . :)



 Gua seterusnya kami pergi adalah Gua Seribu Cerita. Nama gua seribu cerita kerana di dalam gua itu terdapat banyak lukisan yang kita boleh lihat, lukisan yang dilukis menggunakan arang oleh orang yang 250 juta tahun dulu. Setiap lukisan yang berbeza memberikan pandangan yang berbeza bagi setiap orang yang datang ke gua itu, ada lukisan orang lidi tapi tiada kepala, ada lukisan dilukis muka orang yang hanya ada satu mata, ada lukisan orang lidi tengah pegang kepala orang, ada lukisan muka orang yang mempunya mata dan gigi yang tajam dan macam-macam lagi lukisan di dalam gua itu. Sebab itu gua itu dinamakan gua seribu cerita. Dan dipanggil sebagai Heliografia. Kami juga diberikan masa yang agak lama untuk kami explore sendiri untuk mengambil gambar, untuk memikirkan lukisan itu dilukis kenapa dan apa sebabnya. Terlalu banyak persoalan di minda kami mengenai kisah cerita beratus juta tahun dahulu.
Gua yang kedua , Gua Seribu Cerita

jalan masuk ke Gua ..


Antara sahabat media yang tengah mendengar cerita tentang gua seribu cerita nih oleh Abg Laila (Guide Leader)













Tempat yang terakhir kami pergi untuk hari ke tiga ialah Taman Negara Sungai Relau. Di situ lebih dikenali Ikan Kelah kerana terdapat satu sungai yang bersih dan jernih yang mempunyai ratusan ikan kelah yang dijaga dengan baik. Aktiviti kami di situ untuk memberikan makanan kepada ikan kelah dengan menggunakan tangan kami sendiri. Ianya adalah satu pengalaman yang memang best sebab dapat lihat ikan kelah berebut makan depan mata kami sendiri.







tengah pegang pallets utk bagi dekat ikan Kelah ..

Dah Dapat tangkap !!!!!!

Masih mencuba untuk menangkap Ikan Kelah .


Di-interview oleh rakan sahabat media yang hadir .. :)

INILAHHHH , Geng Merapoh Caves .. hehehe
Selain itu, informasi lain mengenai Taman Negara Sungai Relau adalah untuk merentas hutan dan mendaki gunung ke Gunung Tahan (2187 meter). Laluan ke Gunung Tahan adalah kira-kira 2 hari berbanding perjalanan yang lebih lama 5 hari dari Kuala Tahan. Ia diiktiraf sebagai salah satu perjalanan yang paling sukar di negara ini. Jika diberi peluang kami ingin ke sana lagi untuk mendaki gunung tahan dengan persediaan yang cukup.
Haiwan dan binatang di Taman Negara masih lagi tidak pupus kerana terdapat beratusan haiwan seperti gajah, kijang, rusa sambar. harimau dan babi hutan yang berkeliaran di dalam hutan di sekitar laluan dan kadang-kadang dapat dilihat dan waktu 2 pagi sehingga 6 pagi kerana waktu itu haiwan-haiwan itu semua sedang mencari makanannya di tengah laluan. Selain itu, terdapat gerombolan lintah di kawasan situ, jadi di nasihatkan kepada sesiapa ingin ke sana berpakaian yang bersesuaian untuk masuk ke hutan.
————————————————–
Tamat sudah trip media ke Pahang , semoga Pahang menjadi satu pusat pelancongan yang maju dan harap kami dijemput lagi ke sana .. Mungkin lepas ni ke Genting Highland pula ke? Hihi .
THANK YOU TOURISM PAHANG !!! <3

Sahabat Media ke Negeri Pahang (Hari 2)


Last day dekat Fraser's Hill
sejukkkk !!! :)
Alhamdulillah , aktiviti diteruskan untuk hari kedua . Selepas menikmati keindahan alam bersuhu sejuk di Fraser’s Hill , kami meneruskan perjalanan ke Raub, Pahang . Di Raub, kami akan melawati sebuah kampung yang dinamakan Kampung Peruas. Di sini terdapat tempat rekriasi air terjun Lata Jarum dan disediakan tempat untuk beristirehat kepada pelancong yang datang dari jauh seperti Homestay Kg. Peruas , Kompac Chalet , dan juga MS Chemerkau Chekas Chalet . Untuk pengetahuan , Kampung Peruas ini pernah mendapat Anugerah Perdana Belia Negara 2012 kerana keunikan kampung tersebut . Kami disambut dengan meriah oleh ketua Kampung Peruas dan kami disediakan serta berpeluang menaiki kenderaan mini untuk masuk ke dalam kampung itu . Kenderaan mini ini sangat unik seperti nama yang diberikan iaitu ‘Kampung Joy Ride’. ‘Kampung Joy Ride’ ini adalah satu daya tarikan yang menarik dan unik kepada pelancong yang datang ke sini .

DSC_4605
Dah sampai dekat Raub , Pahang ..


The Kampung Joy Ride
Muka excited naik Joy Ride nih !! ^_^
Chillax from Us !
DSC_4561
Taklimat dari Ketua kampung dekat situ ..
‘Kampung Joy Ride’
Di Homestay Kg. Peruas , kami diberi sedikit taklimat oleh En. Amzan Abd Malek tentang sejarah Kg. Peruas. Ialah adalah sebuah kampung tradisional yang terletak dalam Mukim Ulu Dong di Daerah Raub, Pahang Darul Makmur dengan jarak antara Kg. Peruas dengan pusat pentadbiran Daerah/Bandar Raub adalah lebih kurang 36 km manakala pekan kecil yang terhampir ialah Pekan Dong dengan jarak lebih kurang 18 km. Antara aktiviti-aktiviti yang sempat kami lakukan di Homestay Kg.Peruas ini ialah diberi sambutan kompang alu-aluan ketika ketibaan kami, Welcome drink di KOMPAC (Kompleks Pelancongan Homestay Pulau Chekas) . Acara sambutan dan taklimat oleh JKKK Kg. Peruas dan dapat melawat kampung menaiki Kampung Joy Ride. Selain itu , banyak aktiviti yang terdapat di Kg. Peruas ini antaranya ialah berkelah dan mandi manda di Pusat Rekreasi Pulau Chekas ,Jungle Trekking di Hutan Lipur  Air Terjun Lata Jarum serta dapat melihat flora dan fauna , tumbuhan-tumbuhan herba dan juga ‘Rafflesia Walk View’ kerana penemuan di Kg. Peruas ini terdapat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia , dan menjadi salah satu aset tarikan pelancongan ke kampung tersebut.
b DSC_4553
Pemandangan sekitar air terjun Lata Jarum
 b DSC_4567

DSC_4596
Sahanat media yang naik 4x4 Hilux !


b DSC_4600 

Kami meneruskan lagi perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Litar Taman Tasik Burung Mandi , Kemahang, Pahang untuk melihat sendiri Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah iaitu Anak kepada Tengku Mahkota Pahang dan Cucunda kepada Sultan Pahang beraksi dengan motosikal lasaknya di litar yang disediakan. Kami juga berkesempatan untuk menemubual Tengku Amir tentang penubuhan tempat ini. Beliau berkata, acara sukan lasak yang diadakan di kawasan hutan dan tasik di negeri ini sekali gus memperkenalkan kepada pelancong Barat terhadap keindahan alam semulajadi dan budaya tempatan. Kejohanan motosikal lasak di sini yang dimulakan sejak 12 tahun lalu membuktikan Taman Tasik Burung Mandi semakin sinonim di kalangan pelumba luar untuk menyertai kegiatan rekreasi. Mereka juga akan mengadakan Karnival / Perlumbaan pada 8 dan 9 Februari 2014 yang dinamakan Enduro Challenge “Let’s Get Dirty” di Taman Tasik Burung Mandi. Antara kemudahan yang terdapat di Litar Taman Tasik Burung  Mandi Kemahang Hilir ini ialah Tembar CafĂ© yang menyediakan masakan ala kampung dan juga barat. Kepada pelumba-pelumba motorsikal lasak boleh menyertai aktiviti ini .

DSC_4609
Sambal Hitam yang famous dekat Pahang ..SUPERBBBB!

Antara hidangan untuk kami .. TERLIURRRR Tak? :P
Nampak tak track kat belakang tu? Untuk pengetahuan , rider2 kat situ bole naik sampai atas . *TERUJAA*

Cubaan untuk naik motor nih . hehee ..
bersama Aziz Desa.

Sesi temubual bersama Tengku Amir


b DSC_4646
Tengku Muhammad , Tengku Amir , Tengku Ahmad

Sempat bergambar bersama Tengku Amir .

b DSC_4649
Antara Sahabat Media ..
 Seterusnya , kami ke Muzium Warisan Lipis dimana dahulunya ialah rumah kelahiran Perdana Menteri kita sekarang Dato Seri Najib. Dalam muzium ini banyak menceritakan sejarah dan keistimewaan negeri Pahang dan juga sejarah keluarga Datuk Seri Mohd Najib. Tarikan utama Bandar Kuala Lipis adalah bangunan-bangunan bersejarah tinggalan British yang kini telah dipelbagaikan fungsi dan kegunaan untuk dijadikan sumber tarikan para pelancong ke Bandar ini. Terdapat 14 bangunan bersejarah di Kuala Lipis ini . Sejarah penubuhan muzium ini ialah untuk member informasi berkaitan sejarah dan kebudayaan yang terdapat di daerah Lipis. Mereka juga ingin mengetengahkan rumah bekas kediaman SUK Pahang kerana ia merupakan rumah kelahiran YAB Datuk seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 6). Mereka juga ingin memapar dan mengekalkan warisan sejarah SUK Pahang lalu memperkenalkan Kuala Lipis sebagai sebuah tempat perlancongan.


Muzium Warisan Lipis

SELAMAT DATANG KE MUZIUM WARISAN LIPIS





Berat jongkong emasss ..