Saturday, January 25, 2014

Sahabat Media ke Negeri Pahang (Hari 3)

Merapoh , Pahang
Telah tiba hari terakhir kami di Pahang, untuk hari ketiga kami ada 2 tempat yang kami pergi iaitu pertama di Gua, ada dua Gua iaitu Gua Tahi Bintang dan Gua Seribu Cerita. Tempat satu lagi pula kami ke Taman Negara Sungai Relau, Merapoh Pahang.

Kami bergerak menuju ke Merapoh mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai, tahukah anda yang Merapoh terletak di daerah Lipis, Pahang. ia adalah kurang daripada 10 km ke arah pintu masuk Relau Sungai untuk ke Taman Negara. Ramai tidak tahu bahawa Merapoh yang mempunyai 85 bukit batu kapur dianggap sebagai syurga.
Taklimat daripada Abg caves ! hehe .

Ida dengan photographer Virtual Malaysia


Muka seronok nak terokai gua gua !!



Rombongan naik 4x4 ke Gua Tahi Bintang


Merapoh mempunyai beberapa gua bertaraf dunia yang hebat. Antaranya Gua  arkeologi, yang lain lebih kepada keindahan gua dengan stalagmit dan stalaktit, serta sungai bawah tanah. Semua itu  adalah rumah kepada pelbagai fauna gua seperti kelawar, burung layang-layang, dan ular. Termasuk juga  serangga, labah-labah, kumbang, dan lipas. Ini adalah sedikit informasi mengenai Gua di Merapoh.
Sebaik saja kami tiba di Merapoh, kami diberikan taklimat dan dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama yang akan masuk ke “Tubing”, kumpulan ke-dua yang bawa keluarga dan kumpulan ke-tiga yang nak santai-santai saja. Setelah dibahagikan kumpulan, kami naik pacuan empat roda untuk masuk ke kawasan gua yang penuh dengan hutan, dan lecak. Gua pertama yang kami pergi adalah gua Tahi Bintang. Setiap gua ada cerita dan sejarahnya kenapa nama diberi seperti berikut. Seperti gua tahi bintang, kenapa nama gua tahi bintang? Kerana di dalam gua tersebut kita boleh lihat terdapat banyak cahaya berkilauan yang jatuh dan yang memancar di dalam gua itu, mengikut pada sejarah mengenai gua ini, beratus juta tahun dahulu kita tahu tempat itu adalah paras laut, jadi dulunya gua itu adalah di dalam laut kerana terdapat beberapa bukti yang kita boleh jumpa dan lihat sendiri, antaranya cengkerang, dan haiwan di dalam laut. Di dalam gua itu juga kami dapat lihat masih lagi ada air yang mengalir , tapi tidak pasti mengalir ke arah mana. Kami diberi masa dalam 10 minit untuk kami explore sendiri di dalam Gua itu.
Tadaaaa ! Inilah Gua Tahi Bintang ..Gua pertama nak terokai.
Taklimat sebelum masuk ke dalam Gua .

Ida dah dalam Gua !!


Antara peninggalan fossil dalam gua .



Cantik kan? Jom kita terokai Gua Tahi Bintang nih lagi . :)



 Gua seterusnya kami pergi adalah Gua Seribu Cerita. Nama gua seribu cerita kerana di dalam gua itu terdapat banyak lukisan yang kita boleh lihat, lukisan yang dilukis menggunakan arang oleh orang yang 250 juta tahun dulu. Setiap lukisan yang berbeza memberikan pandangan yang berbeza bagi setiap orang yang datang ke gua itu, ada lukisan orang lidi tapi tiada kepala, ada lukisan dilukis muka orang yang hanya ada satu mata, ada lukisan orang lidi tengah pegang kepala orang, ada lukisan muka orang yang mempunya mata dan gigi yang tajam dan macam-macam lagi lukisan di dalam gua itu. Sebab itu gua itu dinamakan gua seribu cerita. Dan dipanggil sebagai Heliografia. Kami juga diberikan masa yang agak lama untuk kami explore sendiri untuk mengambil gambar, untuk memikirkan lukisan itu dilukis kenapa dan apa sebabnya. Terlalu banyak persoalan di minda kami mengenai kisah cerita beratus juta tahun dahulu.
Gua yang kedua , Gua Seribu Cerita

jalan masuk ke Gua ..


Antara sahabat media yang tengah mendengar cerita tentang gua seribu cerita nih oleh Abg Laila (Guide Leader)













Tempat yang terakhir kami pergi untuk hari ke tiga ialah Taman Negara Sungai Relau. Di situ lebih dikenali Ikan Kelah kerana terdapat satu sungai yang bersih dan jernih yang mempunyai ratusan ikan kelah yang dijaga dengan baik. Aktiviti kami di situ untuk memberikan makanan kepada ikan kelah dengan menggunakan tangan kami sendiri. Ianya adalah satu pengalaman yang memang best sebab dapat lihat ikan kelah berebut makan depan mata kami sendiri.







tengah pegang pallets utk bagi dekat ikan Kelah ..

Dah Dapat tangkap !!!!!!

Masih mencuba untuk menangkap Ikan Kelah .


Di-interview oleh rakan sahabat media yang hadir .. :)

INILAHHHH , Geng Merapoh Caves .. hehehe
Selain itu, informasi lain mengenai Taman Negara Sungai Relau adalah untuk merentas hutan dan mendaki gunung ke Gunung Tahan (2187 meter). Laluan ke Gunung Tahan adalah kira-kira 2 hari berbanding perjalanan yang lebih lama 5 hari dari Kuala Tahan. Ia diiktiraf sebagai salah satu perjalanan yang paling sukar di negara ini. Jika diberi peluang kami ingin ke sana lagi untuk mendaki gunung tahan dengan persediaan yang cukup.
Haiwan dan binatang di Taman Negara masih lagi tidak pupus kerana terdapat beratusan haiwan seperti gajah, kijang, rusa sambar. harimau dan babi hutan yang berkeliaran di dalam hutan di sekitar laluan dan kadang-kadang dapat dilihat dan waktu 2 pagi sehingga 6 pagi kerana waktu itu haiwan-haiwan itu semua sedang mencari makanannya di tengah laluan. Selain itu, terdapat gerombolan lintah di kawasan situ, jadi di nasihatkan kepada sesiapa ingin ke sana berpakaian yang bersesuaian untuk masuk ke hutan.
————————————————–
Tamat sudah trip media ke Pahang , semoga Pahang menjadi satu pusat pelancongan yang maju dan harap kami dijemput lagi ke sana .. Mungkin lepas ni ke Genting Highland pula ke? Hihi .
THANK YOU TOURISM PAHANG !!! <3

No comments:

Post a Comment