Assalamualaikum
Pada 15 Disember 2013 , setelah selesainya pelancaran Program Voluntorism di Avani Sepang Goldcoast Resort , Sepang kami berpeluang untuk pergi ke Banghuris Homestay yang hanya mengambil masa setengah jam dari Resort tersebut . Banghuris Homestay ini terletak di daerah Sepang, 60KM dari Kuala Lumpur dan 35KM dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) . Sampai di sana kami disambut meriah dengan paluan kompang dan juga bunga manggar . Di samping itu , kami dihidangkan dengan kelapa muda segar . Memang sedap lah minum dikala matahari tegak di atas . Selain itu, kami juga dihidangkan dengan mee sup, pengat ubi dan tempe goreng. Masa makan, kami dihidangkan pulak dengan durian kampung. Sesiapa yang ' Raja Durian ' tuh memang yummmm2 la makan .
Air kelapa yang dihidangkan . |
Mee Sup yang sedap sangat . |
Sambil makan , kami dihiburkan lagi dengan persembahan live band oleh penduduk Banghuris Homestay. Iqwal juga turut menghiburkan kami semua.
Iqwal dah siap sedia .. |
Sandiwara Cinta - Iqwal |
suara diaaa sedap sangat !!! :) |
Ida . Iqwal . Lia |
Di Banghuris Homestay , sahabat media juga tidak ketinggalan dengan aktiviti memancing kerana berdekatan dengan kolam ikan. Semuanya bersungguh-sungguh untuk memancing ikan. Aktiviti seterusnya, kami dibawa ke ladang getah dan berpeluang untuk belajar menoreh getah oleh pekerja di sini. Pengalaman yang sangat seronok kerana dapat merasai sendiri bagaimana perasaan penoreh-penoreh getah di Malaysia ini menoreh getah. Selalunya tengok daripada jauh je . Selain itu , tanah Banghuris Homestay ini juga digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi..
Blogger Most Wanted .. :D |
Blogger yang Lain .. :) |
Banghuris Homestay :
Banghuris Homestay
Jalan Tailong
Kg. Hulu Chuchoh
43950 SG.Pelek
Sepang Selangor
Phone: 03-31421019
Email: banghuris_homestay@yahoo.com
Tweet
No comments:
Post a Comment