Saturday, January 18, 2014

Sahabat Media Ke Negeri Pahang (Hari 1)

Assalamualaikum


Salam 1 Malaysia dan Selamat Menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014. Kami dari program sahabat media yang terlibat ke Tourism Pahang selama 3 hari 2 malam di negeri Pahang. Bermulanya pada tarikh 24 December jam 8pagi, kami berkumpul di Matic dan jam 9pagi bas mula bertolak dari Matic menuju ke Pahang. Di dalam bas, En Aziz Desa, iaitu ketua program Media memberikan 2 3 maklumat mengenai program ke Pahang. Tempat persinggahan pertama kami di Restoran Lemang To’Ki Bentong, kami dapat rasa lemang yang sangat enak dan rendang daging yang sungguh lazat di restoran tersebut, serta dihidangkan dengan milo panas.





Ida di Kedai Lemang To'ki .
Kami teruskan perjalanan kami iaitu tempat pertama ke Tanah Aina Azareena. Tanah Aina Azareena terletak di Bentong, kira-kira 10km selepas keluar bandar Bentong. Bersih, sejuk, jernih aliran aliran dan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok boleh didapati dengan banyaknya di sini. Udara dipenuhi dengan bunyi hutan serangga dan burung. Di sini juga sudah menjadi pusat tumpuan pasangan mencari percutian romantis. Terdapat banglo yang selesa dan mempunyai daya tarikan yang unik dengan gabungan perabut moden dan klasik. Di dalam Tanah Aina ada disediakan “Azareena Restoran” jadi pelancong yang datang boleh cari makanan yang berdekatan kawasan situ. Bukan itu sahaja, di Tanah Aina Azareena sudah banyak kali dipaparkan dalam surat khabar dan majalah, mengenai tempat ini yang begitu indah sekali antaranya Majalah Anjung Seri dan Berita Harian.





Ida kat Tanah Aina !


Titi panjang yang cantik dekat Tanah Aina
Setelah selesai kami melawat di Tanah Aina Azareena, kami teruskan lagi perjalanan kami menuju ke Fraser Hill. Mengambil masa dalam 2 jam untuk kami sampai ke sana, dan apabila sampai saja kami dijemput oleh staff di Fraser Hill untuk makan tengah hari kami, di situ kami dapat menjamu selera dengan pemandangan yang sangat tenang, sejuk, aman, dan melihat burung yang cantik-cantik di Fraser Hill.



 
Fraser’s Hill atau Bukit Fraser lebih dikenali sebagai “The Little England of Malaysia” , Bukit Fraser adalah destinasi percutian tanah tinggi terletak di antara pergunungan Pahang , yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Percutian yang sesuai bersama dengan keluarga atau rakan-rakan dengan cuaca yang sangat sejuk dan popular dengan aktiviti-aktiviti alam semula jadi.



Dah sampai Fraser Hill .. :)

1532114_561213817294440_493779952_n
antara Sahabat Media yang ada di Fraser Hill
Antara aktiviti yang kami lakukan di Bukit Fraser adalah kami melawat tempat “Bird Interpretive Centre Fraser’s Hill” , kami diberikan penerangan mengenai spesis burung-burung di Bukit Fraser ini. Antara yang diterangkan adalah  hampir 260 spesis burung boleh dilihat di tempat peranginan yang tinggi , kita boleh memerhati burung seperti burung bluebird , burung Merbah dan Naped Sunbird. Antara burung yang menarik adalah Burung Ombak di mana burung spesis yang berbeza-beza berduyun-duyun bersama untuk memberi makan. Bukit Fraser adalah destinasi hebat untuk kegiatan santai dan aktiviti memerhati burung setempat . Dengan kecantikan yang aman dan semula jadi, kejutan menanti untuk semua mereka yang ingin menikmati percutian yang tenang dan aman di kawasan bukit tinggi serta dapat melihat ciptaan Allah iaitu burung yang cantik dan warna warni hanya di Fraser’s Hill.


Bird Interpretive Centre Fraser’s Hill :)

Prof Carollina yang bagi penerangan pasal Bird Interpretive Centre Fraser’s Hill
Kami di Fraser Hill !!! :D
Jom melawat Malaysia 2014 !!
Aktiviti seterusnya kami pergi “The Paddock Fraser’s Hill” , iaitu aktiviti menunggang kuda di Bukit Fraser, pengunjung boleh menunggang kuda lumba (diawasi oleh penjaga) pada kadar yang murah. Dengan harga RM5 untuk sekali menunggang kuda untuk 1 pusingan. Selain itu, di Paddock yang mempunya taman yang indah dengan disediakan bangku untuk berehat dan dapat lihat pemandagan kehijauan di sekitarnya, yang dipenuhi dengan pokok-pokok konifer. Terdapat juga aktiviti memanah di bahagian bawah berhampiran dengan pintu masuk. Bagi sesiapa yang tidak pernah menunggang kuda dan juga ingin belajar memanah, bolehlah datang singgah di taman The Paddock kerana ianya satu tempat yang sangat cantik dan akan dapat pengalaman yang sangat menakjubkan.

Aktiviti menunggang kuda dan memanah di The Paddock Fraser's Hill
Di pintu masuk The Paddock Fraser's Hill

Sesi temubual bersama pelancong yang datang .

^_^

Antara pelancong yang berani memberi makan kepada Kuda !! :D
Aksi berani Ida nak cium kudaaa .. :)

Kali pertama menunggang kuda . Best !!
Lia tengah nak memanah ! hihi
Ada gaya tak nak memanah ? hihi . :)
 Kami teruskan perjalanan kami ke “ Allan’s Water Fraser’s Hill ” . Allan’s Water adalah sebuah tasik kecil dan ianya telah berubah menjadi sebuah taman untuk aktiviti rekreasi dan bot kayuh, ianya boleh disewa di kaunter tiket dengan harga sekali naik RM8. Setiap bot sesuai dengan dua orang dan bagi sesiapa yang menaiki bot boleh melihat keindahan alam semesta dan ketenangan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur dan tasik yang masih terjaga, bersih dan selamat.


Allan's Water Fraser's Hill
best nak berkayak dekat sini ..
Lia bersama Raja pensil warna Uneh namanya . :)
Simbolik kepada Tahun Melawat Malaysia 2014
Aktiviti terakhir kami ialah ke “Ye Olde Smoke House” , di sini orang panggil “Mini England” kerana ianya mempunya daya tarikan orang Inggeris dan seni bina yang sungguh cantik seperti anda beradi di England. Kami dihidangkan dengan makanan yang anda harus cuba kerana makanan yang sungguh berbeza iaitu skon(roti) buatan sendiri, jem strawberi, krim dan dihidangkan juga Teh Tarik dan Teh’O. Rasa ala-ala desserts memang terbaik di waktu petang dengan menikmati iklim yang sejuk dan ketenangan Bukit Fraser. Serta kami dapat lihat di dalam restoran tersebut memang di bentuk dan di susun rata dan  cantik seperti di England. Bagi anda yang tidak pernah cuba, jom singgah Ye Olde Smoke House !

Ye Olde Smoke House
itu ialah Jam strawberry .. Memang aura strawberry sangat !
Roti nih makan dengan jam strawberry tadi .. SEDAPPP !!



Selesai hari pertama kami di Bukit Fraser, malam itu kami menginap di Hotel Shahzan Inn Fraser’s Hill. Kami disambut dengan baik oleh pekerja di Hotel tersebut, makan malam kami juga disediakan di Hotel tersebut. Makanan saya beri 5 star kerana mempunyai pelbagai jenis makanan yang dihidangkan antaranya steamboat, sup, lauk yang berbeza, buah-buahan dan desserts yang sangat sedap. Kami dapat bilik untuk 2 orang untuk setiap bilik, bilik yang sangat selesa, sejuk tanpa air-cond, dan juga dapat akses wifi. Terima kasih kerana menyediakan bilik yang selesa untuk kami, dan harap juga dapat teruskan penjagaan kebersihan bilik untuk para pelancong yang akan datang.

Hotel Shahzan Inn ..













Sahabat Media di Pahang 2013 .

Monday, January 6, 2014

Sahabat Media Ke Avani Sepang Goldcoast Resort


Syukur Alhamdulillah kerana Ida masih lagi terpilih untuk join program bersama sahabat Media untuk menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014 . Pada 15 Disember 2013 , sebanyak 2 bas kami bertolak pergi ke Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang. Baru-baru ni juga acara kami ni sudah pon masuk di MHI TV3 sempena acara Voluntourism .

minor_avani_touristik_aktuell
1470873_10201876172843220_1370810344_n
Pada hari tersebut , program yang dinamakan adalah Program Pelancaran Voluntourism Adoptive Initiative iaitu akan mengadakan aktiviti pembersihan dan pengindahan pantai di Bagan Lalang Sepang, Selangor. Dengan kerjasama Visit Malaysia 2014 , NBQS dan 1 Voluntourism telah berjaya dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) pelaksanaan voluntourism adoptive initiative. 5 organisasi swasta dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang turut terlibat untuk majlis Menandatangi Perjanjian Persefahaman ini ialah Sepang Goldcoast Resort, Syarikat Hiap Teck Venture Berhad, Universiti Kuala Lumpur(UniKL), Kelab Pengakap Malaysia dan Malaysia Nature Society(MNS).
1501933_10201876172883221_748535296_n
Barisan Blogger yg terlibat
Pada tahun ini , Malaysia menjadi hos untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mensasarkan seramai 28 juta orang pelancong asing akan mengunjungi Malaysia .
Program Pengindahan dan Pembersihan Pantai Bagan Lalang, Sepang ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk memastikan kebersihan serta keindahan kawasan-kawasan pelancongan seluruh negara sentiasa dalam keadaan yang terbaik serta memastikan kejayaan Malaysia untuk terus kekal menjadi destinasi terbaik dan “Top of The Mind” oleh setiap pelancong.
DSC_3803
Bukan itu sahaja , Program 1 Malaysia Voluntourism merupakan satu usaha murni pihak kerajaan untuk memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat serta para pelancong untuk membangunkan sektor pelancongan dengan cara menggerakkan para sukarelawan untuk membantu melaksanakan 5 program utama di bawah inisiatif 1Malaysia Voluntourism iaitu :
  • 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean (1MG1MC)
  • 1 Malaysia Voluntutoring
  • 1 Malaysia Volunsharing
  • 1 Malaysia Event
  • 1 Malaysia Culture & Heritage
DSC_3848
Basikal colour pink
Semoga inisiatif ini sentiasa terus mendapat sokongan oleh rakyat Malaysia untuk teruskan giat memajukan negara Malaysia dan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk sentiasa melawat negara yang penuh dengan flora dan fauna ini. Semoga anak belia sekarang dapat penuhkan masa dengan manfaat perkara yang berfaedah dan dapat menjalankan aktiviti yang berguna.

Banghuris Homestay Sepang


Assalamualaikum 

       Pada 15 Disember 2013 , setelah selesainya pelancaran Program Voluntorism di Avani Sepang Goldcoast Resort , Sepang kami berpeluang untuk pergi ke Banghuris Homestay yang hanya mengambil masa setengah jam dari Resort tersebut . Banghuris Homestay ini terletak di daerah Sepang, 60KM dari Kuala Lumpur dan 35KM dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) . Sampai di sana kami disambut meriah dengan paluan kompang dan juga bunga manggar . Di samping itu , kami dihidangkan dengan kelapa muda segar . Memang sedap lah minum dikala matahari tegak di atas . Selain itu, kami juga dihidangkan dengan mee sup, pengat ubi dan tempe goreng. Masa makan, kami dihidangkan pulak dengan durian kampung. Sesiapa yang ' Raja Durian ' tuh memang yummmm2 la makan . 






Air kelapa yang dihidangkan .





Mee Sup yang sedap sangat .

     Sambil makan , kami dihiburkan lagi dengan persembahan live band oleh penduduk Banghuris Homestay. Iqwal juga turut menghiburkan kami semua. 


Iqwal dah siap sedia ..

Sandiwara Cinta - Iqwal

suara diaaa sedap sangat !!! :)

Ida . Iqwal . Lia

      Di Banghuris Homestay , sahabat media juga tidak ketinggalan dengan aktiviti memancing kerana berdekatan dengan kolam ikan. Semuanya bersungguh-sungguh untuk memancing ikan. Aktiviti seterusnya, kami dibawa ke ladang getah dan berpeluang untuk belajar menoreh getah oleh pekerja di sini. Pengalaman yang sangat seronok kerana dapat merasai sendiri bagaimana perasaan penoreh-penoreh getah di Malaysia ini menoreh getah. Selalunya tengok daripada jauh je . Selain itu , tanah Banghuris Homestay ini juga  digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi.. 







Blogger Most Wanted .. :D

Blogger yang Lain .. :)  













Banghuris Homestay :

    Banghuris Homestay
    Jalan Tailong
    Kg. Hulu Chuchoh
    43950 SG.Pelek
    Sepang Selangor

    Phone: 03-31421019
    Email: banghuris_homestay@yahoo.com