Monday, January 6, 2014

Sahabat Media Ke Avani Sepang Goldcoast Resort


Syukur Alhamdulillah kerana Ida masih lagi terpilih untuk join program bersama sahabat Media untuk menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014 . Pada 15 Disember 2013 , sebanyak 2 bas kami bertolak pergi ke Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang. Baru-baru ni juga acara kami ni sudah pon masuk di MHI TV3 sempena acara Voluntourism .

minor_avani_touristik_aktuell
1470873_10201876172843220_1370810344_n
Pada hari tersebut , program yang dinamakan adalah Program Pelancaran Voluntourism Adoptive Initiative iaitu akan mengadakan aktiviti pembersihan dan pengindahan pantai di Bagan Lalang Sepang, Selangor. Dengan kerjasama Visit Malaysia 2014 , NBQS dan 1 Voluntourism telah berjaya dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) pelaksanaan voluntourism adoptive initiative. 5 organisasi swasta dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang turut terlibat untuk majlis Menandatangi Perjanjian Persefahaman ini ialah Sepang Goldcoast Resort, Syarikat Hiap Teck Venture Berhad, Universiti Kuala Lumpur(UniKL), Kelab Pengakap Malaysia dan Malaysia Nature Society(MNS).
1501933_10201876172883221_748535296_n
Barisan Blogger yg terlibat
Pada tahun ini , Malaysia menjadi hos untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mensasarkan seramai 28 juta orang pelancong asing akan mengunjungi Malaysia .
Program Pengindahan dan Pembersihan Pantai Bagan Lalang, Sepang ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk memastikan kebersihan serta keindahan kawasan-kawasan pelancongan seluruh negara sentiasa dalam keadaan yang terbaik serta memastikan kejayaan Malaysia untuk terus kekal menjadi destinasi terbaik dan “Top of The Mind” oleh setiap pelancong.
DSC_3803
Bukan itu sahaja , Program 1 Malaysia Voluntourism merupakan satu usaha murni pihak kerajaan untuk memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat serta para pelancong untuk membangunkan sektor pelancongan dengan cara menggerakkan para sukarelawan untuk membantu melaksanakan 5 program utama di bawah inisiatif 1Malaysia Voluntourism iaitu :
  • 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean (1MG1MC)
  • 1 Malaysia Voluntutoring
  • 1 Malaysia Volunsharing
  • 1 Malaysia Event
  • 1 Malaysia Culture & Heritage
DSC_3848
Basikal colour pink
Semoga inisiatif ini sentiasa terus mendapat sokongan oleh rakyat Malaysia untuk teruskan giat memajukan negara Malaysia dan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk sentiasa melawat negara yang penuh dengan flora dan fauna ini. Semoga anak belia sekarang dapat penuhkan masa dengan manfaat perkara yang berfaedah dan dapat menjalankan aktiviti yang berguna.

No comments:

Post a Comment