Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia dan Selamat Menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014. Kami dari program sahabat media yang terlibat ke Tourism Pahang selama 3 hari 2 malam di negeri Pahang. Bermulanya pada tarikh 24 December jam 8pagi, kami berkumpul di Matic dan jam 9pagi bas mula bertolak dari Matic menuju ke Pahang. Di dalam bas, En Aziz Desa, iaitu ketua program Media memberikan 2 3 maklumat mengenai program ke Pahang. Tempat persinggahan pertama kami di Restoran Lemang To’Ki Bentong, kami dapat rasa lemang yang sangat enak dan rendang daging yang sungguh lazat di restoran tersebut, serta dihidangkan dengan milo panas.
|
Ida di Kedai Lemang To'ki . |
Kami teruskan perjalanan kami iaitu tempat pertama ke Tanah Aina Azareena. Tanah Aina Azareena terletak di Bentong, kira-kira 10km selepas keluar bandar Bentong. Bersih, sejuk, jernih aliran aliran dan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok boleh didapati dengan banyaknya di sini. Udara dipenuhi dengan bunyi hutan serangga dan burung. Di sini juga sudah menjadi pusat tumpuan pasangan mencari percutian romantis. Terdapat banglo yang selesa dan mempunyai daya tarikan yang unik dengan gabungan perabut moden dan klasik. Di dalam Tanah Aina ada disediakan “Azareena Restoran” jadi pelancong yang datang boleh cari makanan yang berdekatan kawasan situ. Bukan itu sahaja, di Tanah Aina Azareena sudah banyak kali dipaparkan dalam surat khabar dan majalah, mengenai tempat ini yang begitu indah sekali antaranya Majalah Anjung Seri dan Berita Harian.
|
Ida kat Tanah Aina ! |
|
Titi panjang yang cantik dekat Tanah Aina |
Setelah selesai kami melawat di Tanah Aina Azareena, kami teruskan lagi perjalanan kami menuju ke Fraser Hill. Mengambil masa dalam 2 jam untuk kami sampai ke sana, dan apabila sampai saja kami dijemput oleh staff di Fraser Hill untuk makan tengah hari kami, di situ kami dapat menjamu selera dengan pemandangan yang sangat tenang, sejuk, aman, dan melihat burung yang cantik-cantik di Fraser Hill.
Fraser’s Hill atau Bukit Fraser lebih dikenali sebagai “The Little England of Malaysia” , Bukit Fraser adalah destinasi percutian tanah tinggi terletak di antara pergunungan Pahang , yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Percutian yang sesuai bersama dengan keluarga atau rakan-rakan dengan cuaca yang sangat sejuk dan popular dengan aktiviti-aktiviti alam semula jadi.
|
Dah sampai Fraser Hill .. :) |
|
antara Sahabat Media yang ada di Fraser Hill |
Antara aktiviti yang kami lakukan di Bukit Fraser adalah kami melawat tempat “Bird Interpretive Centre Fraser’s Hill” , kami diberikan penerangan mengenai spesis burung-burung di Bukit Fraser ini. Antara yang diterangkan adalah hampir 260 spesis burung boleh dilihat di tempat peranginan yang tinggi , kita boleh memerhati burung seperti burung bluebird , burung Merbah dan Naped Sunbird. Antara burung yang menarik adalah Burung Ombak di mana burung spesis yang berbeza-beza berduyun-duyun bersama untuk memberi makan. Bukit Fraser adalah destinasi hebat untuk kegiatan santai dan aktiviti memerhati burung setempat . Dengan kecantikan yang aman dan semula jadi, kejutan menanti untuk semua mereka yang ingin menikmati percutian yang tenang dan aman di kawasan bukit tinggi serta dapat melihat ciptaan Allah iaitu burung yang cantik dan warna warni hanya di Fraser’s Hill.
|
Bird Interpretive Centre Fraser’s Hill :) |
|
Prof Carollina yang bagi penerangan pasal Bird Interpretive Centre Fraser’s Hill |
|
Kami di Fraser Hill !!! :D |
|
Jom melawat Malaysia 2014 !! |
Aktiviti seterusnya kami pergi “The Paddock Fraser’s Hill” , iaitu aktiviti menunggang kuda di Bukit Fraser, pengunjung boleh menunggang kuda lumba (diawasi oleh penjaga) pada kadar yang murah. Dengan harga RM5 untuk sekali menunggang kuda untuk 1 pusingan. Selain itu, di Paddock yang mempunya taman yang indah dengan disediakan bangku untuk berehat dan dapat lihat pemandagan kehijauan di sekitarnya, yang dipenuhi dengan pokok-pokok konifer. Terdapat juga aktiviti memanah di bahagian bawah berhampiran dengan pintu masuk. Bagi sesiapa yang tidak pernah menunggang kuda dan juga ingin belajar memanah, bolehlah datang singgah di taman The Paddock kerana ianya satu tempat yang sangat cantik dan akan dapat pengalaman yang sangat menakjubkan.
|
Aktiviti menunggang kuda dan memanah di The Paddock Fraser's Hill |
|
Di pintu masuk The Paddock Fraser's Hill |
|
Sesi temubual bersama pelancong yang datang . |
|
^_^ |
|
Antara pelancong yang berani memberi makan kepada Kuda !! :D |
|
Aksi berani Ida nak cium kudaaa .. :) |
|
Kali pertama menunggang kuda . Best !! |
|
Lia tengah nak memanah ! hihi |
|
Ada gaya tak nak memanah ? hihi . :) |
Kami teruskan perjalanan kami ke “ Allan’s Water Fraser’s Hill ” . Allan’s Water adalah sebuah tasik kecil dan ianya telah berubah menjadi sebuah taman untuk aktiviti rekreasi dan bot kayuh, ianya boleh disewa di kaunter tiket dengan harga sekali naik RM8. Setiap bot sesuai dengan dua orang dan bagi sesiapa yang menaiki bot boleh melihat keindahan alam semesta dan ketenangan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur dan tasik yang masih terjaga, bersih dan selamat.
|
Allan's Water Fraser's Hill |
|
best nak berkayak dekat sini .. |
|
Lia bersama Raja pensil warna Uneh namanya . :) |
|
Simbolik kepada Tahun Melawat Malaysia 2014 |
Aktiviti terakhir kami ialah ke “Ye Olde Smoke House” , di sini orang panggil “Mini England” kerana ianya mempunya daya tarikan orang Inggeris dan seni bina yang sungguh cantik seperti anda beradi di England. Kami dihidangkan dengan makanan yang anda harus cuba kerana makanan yang sungguh berbeza iaitu skon(roti) buatan sendiri, jem strawberi, krim dan dihidangkan juga Teh Tarik dan Teh’O. Rasa ala-ala desserts memang terbaik di waktu petang dengan menikmati iklim yang sejuk dan ketenangan Bukit Fraser. Serta kami dapat lihat di dalam restoran tersebut memang di bentuk dan di susun rata dan cantik seperti di England. Bagi anda yang tidak pernah cuba, jom singgah Ye Olde Smoke House !
|
Ye Olde Smoke House |
|
itu ialah Jam strawberry .. Memang aura strawberry sangat ! |
|
Roti nih makan dengan jam strawberry tadi .. SEDAPPP !! |
Selesai hari pertama kami di Bukit Fraser, malam itu kami menginap di Hotel Shahzan Inn Fraser’s Hill. Kami disambut dengan baik oleh pekerja di Hotel tersebut, makan malam kami juga disediakan di Hotel tersebut. Makanan saya beri 5 star kerana mempunyai pelbagai jenis makanan yang dihidangkan antaranya steamboat, sup, lauk yang berbeza, buah-buahan dan desserts yang sangat sedap. Kami dapat bilik untuk 2 orang untuk setiap bilik, bilik yang sangat selesa, sejuk tanpa air-cond, dan juga dapat akses wifi. Terima kasih kerana menyediakan bilik yang selesa untuk kami, dan harap juga dapat teruskan penjagaan kebersihan bilik untuk para pelancong yang akan datang.
|
Hotel Shahzan Inn .. |
|
Sahabat Media di Pahang 2013 . |
teringin nak ke Fraser Hill
ReplyDeleteJom la Khai !! nantikan ade trip lagi ke Fraser Hill ..
ReplyDelete