Assalamualaikum :)
28 Januari 2014 , Ida diberi peluang untuk bersama-sama bloggers lain ke
events terbesar Hasbro's Transformers Expo Malaysia yang ke 30 di
Genting Highlands . Untuk pertama kalinya , Malaysia merasmikan
Hasbro's Transformers 30th Anniversary. Expo ini akan berlangsung dari 31 Januari hingga 16 Februari 2014 .
Tujuan expo transformers ini adalah salah satu tarikan perlancongan
sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Transformers expo Malaysia 2014 ini
, telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul
Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia . Jumlah perbelanjaan
untuk membuat expo ini hampir mencecah 5 juta dan 2 juta daripada itu
fokus untuk membuat dua transformers iaitu Optimus Prime yang
berketinggian 23 kaki manakala Bumble Bee 18 kaki. Malah dalam expo
transformers , anda boleh melihat sendiri 1520 koleksi ‘limited edition’
transformers .
Expo Transformers ini mengandungi 6 ruang pameran dan pameran yang terakhir adalah pameran mega Optimus Prime dan Bumble Bee. Kepada peminat kereta Transformers anda juga boleh lihat sendiri “Yellow Camaro Car” dan berpeluang mengambil gambar bersama dengan kereta tersebut untuk dijadikan kenangan dalam hidup anda. Dan banyak lagi pameran yang anda akan pergi antaranya War Zone, Transformers Cybertron World dan 3D Tunnel. Anda boleh mengambil gambar sebanyak yang boleh bersama dengan Transformers kesayangan anda, di sana juga akan ada games dan quiz untuk anda menang hadiah Transformers .
Jadi jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Genting Highlands yang dibuat di Arena of Stars. Ticket untuk masuk ke Expo Transformers boleh terus beli online di www.rwgenting.com dan MyDeal.com.my . Harga ticket untuk kanak-kanak RM45 dan untuk dewasa RM55 . Ada juga harga pakej famili iaitu RM180 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
Nak tahu lebih lanjut mengenai expo ini anda boleh pergi ke www.transformers.com.my atau boleh hubungi talian di 603-62592697 .
bestnyaaaaa kalau dapat optimus prime yang besor tu....
ReplyDelete