Saturday, January 25, 2014

Railway Tourism - Menaiki perkhidmatan kereta api ( ETS ) ke Ipoh , Perak

Assalamualaikum :)
 
 
Awal Januari , Sahabat Media dijemput untuk mengikuti Program Perasmian Railway Tourism bersama Sahabat Media ke Ipoh , Perak . 10 Januari 2014 (Jumaat) , selama 3 hari 2 malam kami akan berada di Ipoh . Dari pagi Ida bertolak daripada Perlis naik bas dengan harapan sampai KL Sentral pukul 4.30petang. Tapi disebabkan halangan trafik jam dekat bandaraya KL , maka Ida terlewat satu jam . Terus bergegas dengan kawan Ida ke KL Sentral , Alhamdulillah dengan izin Allah Ida dengan kawan-kawan sempat menaiki ETS bersama Sahabat Media yang lain . Pengalaman yang pertama sebelum sampai di Ipoh . Naik ETS terus duduk dengan keadaan yang selesa dan tarik nafas panjang senyum dekat semua sahabat media yang lain sebabnya tak ramai yang Ida kenal dalam itu . Dalam ETS , kami dihiburkan dengan penari kebudayaan daripada Istana Negara dan juga penyanyi Iqwal. Untuk pengetahuan , kami semua menaiki ETS bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan .

Pengalaman menaiki ETS nih sangat best sebab kelajuannya laju daripada KTMB yang selalu naik ke Perlis . :) Perkhidmatan tren ETS adalah perkhidmatan terbaharu yang diperkenalkan oleh KTMB sebagai memperkenalkan perkhidmatan premium ini, maka ETS akan memastikan anda selesa dan selamat didalam perjalanan ke destinasi pilihan anda dalam masa yang sesingkat mungkin. Pada masa ini, terdapat tiga kelas perkhidmatan telah diperkenalkan. Perjalanan dengan ETS membolehkan anda untuk menikmati kehijauan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Anda juga dapat mengejar masa untuk ke tempat kerja disamping membaca dan berehat. Kami juga sedang bekerjasama dengan pengusaha pengangkutan lain untuk perjalanan anda yang selancar mungkin, dengan menyediakan penyambungan yang cekap ke lapangan terbang, pusat membeli belah utama, dan tempat-tempat yang menarik. Di setiap kerusi berkembar ETS juga menyediakan Soket Kuasa untuk memudahkan kita untuk membuat kerja menggunakan laptop atau alat elektronik yang lain. Sangat selesa menggunakan perkhidmatan ETS ni untuk balik ke kampung halaman (PERAK) . 

Ida dekat IPOH !!!!



Bersama YB Dato' Mohamed Nazri , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan




Dalam ETS , kami disajikan dengan minum petang . Makanan dan layanan oleh paramugara dan paramugari ETS nih sangat sedap dan baik .

Spaghetti dan kuih muih sebagai minum petang dalam ETS




Paramugara dan paramugari ETS

Sampai di Ipoh , diteruskan dengan sidang media bersama YB Dato' Mohamed Nazri di Stesen Keretapi Ipoh.  Selesai sidang media bersama YB , kami menjamah makanan yang telah tersedia di atas meja untuk makan malam bersama semua media jemputan . Pada malam itu juga Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi bermula. Artis undangan seperti Azwan Ali (hos) , Najwa Latiff , Ronnie (hyperact) , May(search) dan ramai lagi. Ramai rakyat jelata Ipoh turun untuk memeriahkan lagi majlis .

Sidang Media bersama Media





Berkesempatan bersama Najwa Latiff
 Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi sudah dirasmikan oleh YB . Malam itu juga kami dibahagikan kepada tiga homestay mengikut tag sahabat media masing-masing . Untuk Tag A (Homestay Kg.Beng) , Tag B (Homestay Gopeng) , Tag C (Homestay Bukit Gantang) . Ida berpeluang untuk ke Homestay Gopeng. :)

---------------------------------
Jom ke next entry , Homestay Gopeng .. 

2 comments:

  1. tak aci ni, semua bergambar dengan wawa
    tak sempat pulak malam tu, adeh

    ReplyDelete
  2. hehehee .. sapa suruh cepat2 ikut dorg .. hihi .. :)

    ReplyDelete